Soalan Lazim

Q1. Apa itu RAIN?

RAIN menggunakan fenomena Kuantum untuk mengumpul tenaga dalam paket kecil dan memindahkannya ke air dalam ledakan. Ledakan air membolehkannya memecah belah kluster air besar menjadi zarah air elemental. Ini diulang berterusan menghasilkan molekul air elemental ini menjadi bertenaga

Q2. Bagaimanakah RAIN dihasilkan?

Rain dihasilkan dari bahan-bahan yang selamat, inert dan tidak terdegradasi apabila bersentuhan dengan air. Digunakan secara topikal, ia tidak akan mengakibatkan kerengsaan atau tindak balas yang mudarat apabila air steril digunakan sebagai pengisian.

Perlu diingati, alga dan / atau bakteria cenderung membiak di air apa jenis pun, jadi pastikan bahawa air dalam botol itu bersih dan steril.

Q3. Apakah ramuan utama Rain?
Air bertenaga.

Q4. Adakah Rain semula jadi?
Ya.

Q5. Adakah RAIN seumpama hujan yang turun dari awan?

Air dari awan yang jatuh ke bumi tercemar dengan polutan dan pada dasarnya kehilangan semua tenaga kuratifnya. RAIN mencipta semula air awan yang tidak tercemar untuk memberi tenaga dan membantu penyembuhan.

Q6. Apakah senarai ramuan di dalam RAIN yang menjadikannya berkesan?

Rain hanya sekadar air bertenaga yang tiada sebarang ramuan di dalamnya. Rain menyalurkan tenaga ke badan kita melalui air tulen dalam bentuk getaran molekul. Tenaga ini boleh ditujukan ke bahagian badan yang memerlukannya dengan mempromosikan aliran Qi di bahagian yang berkenaan.

Q7. Bagaimanakah air menjadi bertenaga?
Apabila rod tenaga menyerap haba ambien, elektron dalam molekul teruja dan melompat ke orbit yang lebih tinggi. Oleh kerana mereka tidak stabil pada tahap yang lebih tinggi, mereka akan jatuh kembali dan melepaskan tenaga terkumpul dalam satu paket besar. Tenaga ini akan dipindahkan ke dalam air kerana mereka mempunyai frekuensi yang sama. Proses ini akan berterusan selagi ada air dalam botol semburan.

BAGAIMANA MENGGUNA RAIN

Q8. Berapa kerap saya boleh menyembur Rain pada bahagian badan yang sama dalam sehari?
Bebas dan tidak terhad. Gunalah budi bicara anda kerana reaksi setiap orang adalah berbeza.

Q9. Selepas semburan, berapa lamakah saya perlu menunggu sebelum mandi?
Biarkan RAIN kering pada kulit terlebih dahulu.

Q10. Bolehkah saya sembur Rain pada kulit yang telah disapu dengan minyak? Contohnya, selepas urut minyak?
Ya, boleh.

Q11. Apakah manfaat semburan Rain?
Rain mempunyai pelbagai manfaat. Sila rujuk kepada pengguna Rain yang sedia ada.

Q12. Produk anda boleh digunakan untuk jenis penyakit apa?
Pelbagai masalah kulit, sakit otot dan rasa kesakitan.

Q13. Apakah ketidaksempurnaan atau jenis masalah kulit yang Rain boleh digunakan?
Rain akan membantu membersihkan ketuat kulit, ruam, jerawat, ekzema dan psoriasis, dan membantu dengan penyembuhan luka.

Q14. Selepas semburan Rain, berapakah jangka masa yang diperlukan untuk menyemburkan bahagian yang terjejas itu?
Jawapannya bergantung pada keseriusan masalah berkaitan dan terpulang kepada individu yang berkenaan. Yang sakit bahu / leher: Sembur dengan bebas di bahagian yang terjejas. Biasanya rasa lega dalam masa satu minit. Untuk migrain, ulangi penyemburan sehingga ia berkurangan.

Q15. Adakah terdapat cara untuk meningkatkan keberkesana Rain?
Penggunaan yang berterusan dapat meningkat keberkesananya.

Q16. Bolehkan masalah itu sembuh selepas menggunakan semburan Rain?
Penggunaan berterusan akan memperbaiki keadaan. Walau bagaimanpun, punca masalah perlu ditangani untuk pemulihan yang sempurna.

Q17. Bolehkah Rain memanfaatkan haiwan peliharaan kita?
Semua haiwan berdarah hangat boleh bermanfaat daripada tenaga RAIN. Bonus: ticks, kutu dan hama yang ditemui pada haiwan tidak boleh bertolak ansur dengan tenaga tambahan ini. Oleh yang demikian, Rain pasti dapat menjamin keselamatan haiwan peliharaan kita.

PENYELENGGARAAN

Q18. Adakah saya perlu menukar air setiap hari? Mengapa?
Jika air anda steril, tidak perlu ditukar setiap hari. Walau bagaimanapun, penukaran harian membantu mencegah pertumbuhan alga yang boleh menyebabkan air berbau.

Q19. Apakah jangka hayat peranti RAIN?
Kami mengesyorkan 1 tahun selepas anda mula menggunakannya. Anda boleh menyimpannya jika belum digunakan selama 2 tahun dari tarikh pembelian.

Q20. Di manakah tempat terbaik untuk menyimpan semburan RAIN? Bolehkah ia disimpan di dalam kereta? Apakah kemampuan suhu kepanasan rod tenaga Rain?
Terbaik untuk menyimpannya di tempat yang sejuk tetapi ia boleh ditinggalkan di dalam kereta kerana ia dapat menahan haba. RAIN stabil sehingga 100 ° C.

Q21. Bolehkah air bertenaga disimpan dalam bekas lain untuk kegunaan masa depan?
Ini tidak dikaji kerana RAIN bertujuan untuk digunakan terus dari botol asalnya.

Q22. Adakah Amalan Pengilangan Yang Baik digunakan untuk menghasilkan Rain?
Langkah penjagaan yang rapi diambil untuk memastikan kualiti dikekalkan. Namum demikian, kami masih mengesyorkan botol dibilas dengan air steril sebelum digunakan. Begitu juga, pastikan air steril digunakan setiap kali botol diisi.

KESELAMATAN

Q23. Adakah Rain selamat?
Ya. Rain hanya sakadar air bertenaga. Ia juga telah diperakui oleh SIRIM untuk keselamatan logam berat. (Lihat RAJAH 1). Pastikan sumber air yang anda gunakan bersih dan bebas daripada bakteria. Walaupun RAIN adalah produk yang sangat selamat, anda perlu mengelak daripada menelan Rain atau menyembur RAIN ke bahagian tubuhbadan yang sensitif seperti mata terbuka, tekak, hidung, telinga atau mulut.

Q24. Adakah Rain selamat diminum?
Rain tidak boleh diminum kerana kesannya belum diuji dengan teliti. Begitu juga, jangan menyemburkan RAIN pada bahagian tubuhbadan yang sensitif seperti mata, kawasan mukus atau luka terbuka.

Q25. Adakah Rain mengandungi retinol?
Tidak, Rain tidak mempunyai retinol.

Q26. Bagaimana dengan DHA?
Tiada DHA dalam produk kami.

Q27. Adakah kemungkinan Rain digunakan dengan dosage berlebihan?
Tidak, umumnya Rain adalah selamat. Sekali lagi, perlu diingatkan, elakkan minum RAIN atau menyembur RAIN di kawasan yang sensitif seperti mata terbuka, tekak, hidung, telinga atau mulut.

Q28. Adakah Rain selamat untuk pesakit kanser?
Walaupun secara amnya selamat untuk digunakan, kesan langsung RAIN terhadap tumor kanser belum dipastikan. Gunakan dengan berhati-hati.

Q29. Adakah produk anda selamat untuk digunakan semasa kehamilan?
Jika anda hamil, lebih baik elak dari semua jenis ubat dan rawatan

Q30. Bolehkah Rain digunakan semasa mengandung atau menyusu?
Tidak digalakkan.

Q31. Bolehkah kanak-kanak mengguna Rain?
Langkah berjaga-jaga perlu diambil apabila menggunakan RAIN pada kanak-kanak terutama bayi. Rain TIDAK disarankan untuk bayi atau wanita hamil.

Q32. Apakah tindakan susulan saya jika saya mengalami ketidakselesaan atau kerengsaan kulit selepas menggunakan RAIN?
Setiap individu mengalami tindak balas dengan cara yang berbeza. Uji pada bahagian yang kecil dahulu. Jika berlaku kerengsaan, semak kualiti air isian Rain yang digunakan. Gantikan dengan air steril selepas pembersihan menyeluruh dilakukan. Jika kerengsaan berterusan, berhenti menggunanya.

Q33. Bolehkah RAIN berinteraksi dengan ubat preskripsi?
Secara amnya, RAIN tidak berinteraksi dengan ubat-ubatan preskripsi apabila digunakan secara topikal. Walau bagaimanapun, adalah bijak untuk berunding dengan doktor anda jika ragu-ragu, terutamanya jika anda mempunyai gangguan pembekuan darah atau jika anda mempunyai sebarang pemindahan organ.